facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Video Selama 4 Minit Yang Tersebar, Keluarga Mangsa Tampil Rayu Henti Kan Penyebaran...





Ani berusia 50 an berkata, penyebaran video itu menyebabkan keluarga dan anaknya dikenali sebagai Nora malu, tertekan dan trauma.

"Saya mohon kerjasama orang ramai supaya tidak terus menyebarkan video berkenaan dan memadamnya demi menjaga aib anak saya yang dipukul dalam keadaan bogel.

"Kami cukup tertekan dan berharap semua pihak dapat memahami masalah yang dihadapi.

"Kami juga sedang membuat pertimbangan untuk memfailkan saman malu dalam masa terdekat terhadap dalang yang menyebarkan video berkenaan" katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan tadi.

Harian Metro hari ini melaporkan mangsa hanya mahu dikenali Nora menerima aib apabila dua video tersebar di Facebook dan aplikasi WhatsApp memaparkan dia dibogelkan serta dipukul seorang wanita dikenali Nadia Nordin dalam kejadian dipercayai di sebuah hotel di Sungai Golok pada Rabu lalu.

Video itu masing-masing selama 2 minit 8 saat dan 1 minit 15 saat memaparkan bagaimana Nora diperlakukan seperti binatang sambil adegan itu dipercayai dirakam Nadia untuk tujuan tidak baik

Selain mereka, terdapat tiga lagi individu dalam video iaitu seorang lelaki dipercayai suami Nadia dan dua wanita iaitu sahabat baik Nora dan wanita Thailand yang didakwa diupah Nadia untuk memukul.

Susulan itu, Nora cedera di bahagian kepala dan menerima lapan jahitan di dahi, bengkak di kepala serta lebam di badan.

Difahamkan, dia diperlakukan begitu kerana dituduh menjalin hubungan terlarang dengan suami Nadia.

My Instagram

Popular

Featured