facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Siapa Sebenarnya Joy Revfa Sebelum Bertunang Dengan Hafiz Hamidun?BUKAN CALANG CALANG BHAII!!!!


screen shot 2017 03 23 at 2 09 28 pm


screen shot 2017 03 23 at 2 11 20 pm



screen shot 2017 03 23 at 2 10 57 pm


TAHUKAH anda, siapakah Joy Revfa Sofia yang baru melangsungkan majlis pertunangan dengan penyanyi Hafiz Hamidun?

Dia bukanlah artis tapi namanya agak viral di laman sosial. Kisah rumahtangganya pernah viral satu masa dulu, impak daripada itu dia bangun mengesat air mata duka, membuka lembaran baru tanpa menoleh ke belakang lagi. Joy memilih bidang kecantikan kerana dia sendiri berkelulusan dalam bidang kecantikan dan pernah menjadi jurusolek profesional di Indonesia termasuk menyolekkan Bunga Cinta Lestari hingga ke Jerman. 

Wanita jelita dengan nama sebenarnya Siti Arifah Amin ini merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki berusia tiga tahun yang bernama Arryan Firdaus, telah pun mengikat tali pertunangan dalam satu majlis sederhana. Cincin pertunangannya telah disarungkan oleh ibu Hafiz sendiri, iaitu Puan  Laila Sarji, 54. Joy dan Hafiz dijadualkan bernikah pada 1 Mei depan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.


screen shot 2017 03 23 at 2 12 23 pm


Ayuh ikuti temu bual eksklusif kami bersama Pengasas MERVE Group Holdings Berhad yang berjiwa besar dan kuat berdikari ini.


intrend website 4

 

Pernah dikata Wanita Kampung yang Bodoh, Joy Bangkit…

Wanita berusia 29 tahun ini mula menubuhkan MERVE Group Holdings Berhad dan MERVE Skin Health Sdn Bhd pada Febuari 2015, selepas bercerai dengan suami.

“Kalau orang kata saya menubuhkan syarikat ini atas rasa kecewa dan marah, ya saya akuinya, malah saya menyahut cabaran sesetengah pihak yang berkata saya wanita kampung yang tak tahu apa-apa dan tak mungkin berjaya tanpa suami,” tegasnya yang mengambil masa hanya tujuh hari untuk menangis meratapi nasib. 

intrend web joy

Dengan wang simpanan yang tidak seberapa selepas dilepaskan suami, Joy mulakan perniagaan kecantikan ini dengan menumpang di premis ibunya, Akademi Kecantikan Artistik Diyana. Produk pertama yang dikeluarkan ialah suplemen Gorgeous Juice. 

Kemudian, semakin berkembang dengan kehadiran produk kosmetik seperti Full Coverage Foundation, Highlighter & Contour, Perfect Matte Powder, Illusion Creamy Concealer, Fairy Tears Potion Serum dan akan datang gincu. Keistimewaan produk MERVE ini berbanding produk tempatan lainnya adalah menerusi 'packaging'nya. 'Packaging' yang berkonsepkan 'Fairytale' ala princess ini memang menjadi jiwa Joy dari dulu lagi. Semua reka bentuk dicipta sendiri. 

intrend website 3

My Instagram

Popular

Featured